DIBUNUH…anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam trak untuk dibawa ke HSB.

KUALA NERANG: Tiga lelaki ditemui mati dalam keadaan diikat dan badan dipenuhi kesan tetakan senjata tajam dalam sebuah kebun getah berhampiran Kampung Cebar, Tanjung Piring, dekat sini.

Mereka dikatakan diikat sekumpulan 13 lelaki kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, namun seorang rakan mangsa berjaya meloloskan diri dan membuat laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Sumber berkata, mangsa yang terselamat itu dikatakan lewat membuat laporan polis kerana bersembunyi selama satu hari dipercayai bimbang anggota kumpulan terbabit berjaya mengesan jejaknya.

Menurutnya, lelaki itu kini dirawat di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan dialaminya.

“Siasatan awal mendapati tiga lelaki yang ditemui mati berusia antara 18 dan 30 tahun. Semua mangsa dan rakan mereka yang membuat laporan polis dipercayai berasal dari Arakan, Myanmar,” katanya.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top