Bimbang kisah lampau dijaja, gadis 18 tahun relakan tubuhnya diratah hingga hamil
SEGAMAT: Gara-gara bimbang kisah lampaunya bersama bekas teman lelaki dijaja rakan sekolah, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa membiarkan dirinya diperkosa dua kali oleh rakan lelaki berkenaan dalam tempoh sejam, 19 November lalu.
Dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam itu, mangsa dikatakan diperkosa suspek di rumah keluarga mangsa di sekitar bandar ini.
Bagaimanapun, usaha mangsa menutup tragedi itu daripada pengetahuan keluarganya gagal apabila terpaksa memaklumkan kejadian itu kerana bimbang hamil selepas haidnya tidak menentu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Hanafi Daud berkata, keluarga mangsa kemudian membuat aduan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat sebelum suspek ditahan di rumah keluarganya, petang kelmarin dan kini direman bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mendakwa mengenali suspek setahun lalu ketika belajar bersama di sebuah sekolah menengah di daerah ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa mendakwa pada hari kejadian, suspek datang ke rumahnya dan mengajak melakukan hubungan seks, namun menolak permintaan itu.
Katanya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek didakwa mengugut menjaja kisah lampau mangsa dengan bekas teman lelakinya kepada orang lain jika terus menolak permintaan itu.
“Mangsa mendakwa terpaksa membiarkan dirinya diperkosa suspek kerana tidak mahu kisah lampaunya dijaja. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan mangsa sudah diarah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Segamat,” katanya.
sumber
Powerbank 30000mAh serendah RM100 warranty 6bulan dan pelbagai lagi powerbank murah murah. boleh hubungi saya or add my wechat: PBseller https://www.facebook.com/pages/Powerbank-Murah-Murah/1411375905752700
BalasHapusMesti bdk pmpuan nih penah melakukan hubungan sex dgn ex dia...klau x, tak kan la smpai merelakan diri bg org perkosa dia...
BalasHapusbudak2 sekarang nie x tau nak ckp apa....
BalasHapusBongok...ni dh bkn kes rogol...ni pmpuan tu sndri yg nak...
BalasHapusni lah dia pemikiran gen X yg masih lagi cetek tentang betapa bezanya cara kehidupan remaja sekarang dan masa dulu. zaman sekarang cara pemikiran dan budaya yg diperolehi oleh remaja sangat berkontra dgn generasi remaja dulu jadi ibubapa ni jgn dok nak nyalahkan generasi skrg yg mungkin akhlaknya kurang sopan.
BalasHapusmurah nya harga diri perempuan nih....
BalasHapus