Benarkah Elfira Loy semakin besar kepala?
Sejak membintangi drama Dalam Hati Ada Taman bersama pelakon terkenal Indonesia, nama Elfira Loy semakin popular dan menjadi sebutan.
Malah, apabila semakin banyak tawaran lakonan yang diterima, ada yang mendakwa yang Elfira kini sudah pandai berlagak diva.
Ia berikutan baru-baru ini Elfira telah menyusahkan penganjur kerana tidak menghadirkan diri ke sebuah majlis amal.
Sedangkan namanya sudah disebut-sebut akan terbabit pada acara itu.
Benarkah Elfira semakin besar kepala?
Menerusi Berita Harian, hari ini, Elfira ada menyangkal dakwaan itu. Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu, perkara berkenaan hanyalah salah faham saja.
“Ini semua hanyalah salah faham. Memang pada awalnya saya ada berjanji untuk menyertai acara itu.
“Namun saya juga sudah memaklumkan, kehadiran saya banyak bergantung kepada jadual penggambaran pada hari terbabit.
“Pada waktu persetujuan diberi, saya lihat jadual saya memang kosong. Tetapi disebabkan ada perubahan jadual dan saya perlu menyelesaikan penggambaran secepat mungkin, saya terpaksa membatalkan hasrat menyertai acara itu,” katanya.
Ditanya apakah dia sudah meminta maaf daripada pihak penganjur, Elfira memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana tiada sebarang kesalahan dilakukannya.
Sebelum ini, Elfira turut dikatakan berlagak kerana mengaku hanya gemarkan barangan yang berjenama saja.
Tak tahulah jika betul Elfira bersikap begini, nampaknya kerjaya seninya tidak akan bertahan lama.
Sayang sekali kerana Elfira sememangnya mempunyai bakat lakonan yang bagus.
Diharapkan Elfira dapat berubah kelak.. Tak gitu? -mynewshub.my
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda