Mohd Hayyatuddin (kanan) menunjukkan ular sawa yang ditangkapnya dan terpaksa dibawa ke mahkamah, semalam.

KUALA TERENGGANU – “Saya sendiri tidak tahu bagaimana saya boleh menangkap ular sawa ini, mungkin disebabkan terkejut, jadi keberanian itu muncul tiba-tiba atau dalam keadaan mengejar masa menjadikan saya nekad,” cerita Mohd Hayyatuddin Muhamad, 29.

Mohd Hayyatuddin yang juga peguam berdepan detik mencemaskan apabila nyaris diserang seekor ular sawa yang ‘menumpang’ tidur di atas rak buku di kediamannya di Taman Murni Indah, Telaga Daing, Seberang Takir, di sini, pagi semalam.


Menurutnya, disebabkan mengejar masa kerana perlu menghadiri perbicaraan kes yang dikendalikannya di mahkamah, dia terpaksa membawa ular sawa seberat satu kilogram itu ke mahkamah dan diserahkan kepada pihak berkenaan selepas semua urusannya selesai.

[BIAR BETUL!!]Hilang dara jadi kebanggan Blogger ini???

[BIAR BETUL!!]Anak ulama sering berzina sehingga lahir anak luar nikah

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Hayyatuddin berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, dia sedang sibuk berkemas mencari fail untuk perbicaraan tiga kes dikendalikan olehnya di mahkamah.

“Bagaimanapun, ketika sibuk mencari fail tersebut, saya terkejut kerana tiba-tiba ular sawa muncul di belakang fail yang dicapai sebelum cuba bertindak agresif menyerang saya. “Panik dengan situasi itu, saya cuba mendapatkan bantuan menghubungi Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tetapi tidak berjaya sebelum meminta bantuan jiran,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah, di sini.

Menurutnya, sejurus dimaklumkan jiran yang tidak dapat membantu disebabkan isteri sedang mengandung, dia terpaksa memberanikan diri menangkap ular sawa sepanjang dua meter itu menggunakan inisiatif sendiri.

“Walaupun sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman menangkap ular, tetapi memikirkan keselamatan saya dan jiran, saya kuatkan semangat dengan mengambil sekeping papan sebelum memasukkan ular berkenaan ke dalam guni,” katanya.-sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top