MAYAT remaja yang mati ditembak polis selepas cuba merompak kedai KK Mart.

KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.

Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.





[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


Rakan suspek yang bersenjatakan parang sempat melarikan diri.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, rancangan dua suspek merompak kedai 24 jam itu disedari pasukan polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.

“Salah seorang suspek yang sedang mengacukan parang ke arah juruwang panik apabila dia melihat kehadiran polis. Suspek terus mengacukan parang ke arah anggota polis sebelum melarikan diri,” kata beliau ketika dihubungi.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top