GAZA: 800 rumah musnah samasekali, 170 syahid, 300 yang cedera parah, 1000 yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar.
Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza.
Misi tinjauan dan mencari fakta MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu.
Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM, Sany Araby, telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut.
Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya.
Menurut Setiausaha Agong Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sedang mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.
Mahu Komuniti dan Malaysia yang Indah? Luahkan untuk Ganjaran sehingga RM100,000!
[MENARIK!!!]Gambar-gambar tempat percutian yang sangat indah di Kanada
Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza.
Mapim, katanya, membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai RM 200,000.
Delegasi Mapim yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh Mapim di daerah Beit Hanoun.
Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas.
Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013.
Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza.
Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza.
Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah.
Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb Novemebr yang lalu ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini.
Mapim sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin.-harakahdaily
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda