Zaiton Sameon Sedih Lihat Video Arwah Anak
Mana mungkin para peminat lupa akan penyanyi Zaiton Sameon yang terkenal dengan lagu-lagu berhantunya seperti "Menaruh Harapan", "Kabut Serangkai Mawar" dan juga "Berendam Air Mata".
Walaubagaimanapun kemasyuran yang dikecapinya punah selepas tragedi kemalangan pada 20 Februari 1990 yang menimpanya, sekaligus meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun dan penyanyi bersuara lantang ini pula koma selama enam bulan.
Perjalanan seni diva pop yang menyedihkan ini membuatkan pihak produksi Bruang Filem yang diterajui oleh Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi terpanggil untuk menghasilkan filem berelemen biografi berjudul "Zaiton: Ceritaku".
"Selepas melihat pelbagai filem yang memaparkan elemen biografi, isteri saya telah mengesyorkan nama Zaiton Sameon sebagai sandaran. Lihat saja pengalaman hidupnya sehingga sekarang. Saya merasakan ini adalah tanggungjawab saya untuk membuatkan namanya kembali dikenali, pada masa yang sama membantunya menjalani kehidupan sekarang," ujarnya ketika ditemui di majlis pra-tonton "Zaiton: Ceritaku".
Pada masa yang sama, Zaiton mengakui berpuas hati dengan hasil karya pertama Esma Daniel walaupun agak terkilan melihat video lama ketika dia dan arwah anaknya ditemuramah.
"Saya gembira kerana pihak Bruang Filem berjaya menghasilkan filem ini walaupun ada pelbagai cabaran harus ditempuhi pada awalnya. Saya sebak mengenangkan arwah anak apabila video lama dipaparkan di pengakhiran filem tersebut. Saya cuba untuk tidak mengenang kembali peristiwa tersebut," ujarnya dalam keadaan sedih.
Pelakon dan kini bergelar pengarah, Esma Daniel memberitahu dia mengambil masa lapan bulan untuk menyiapkan karya pertamanya itu walaupun tempoh penggambaran selesai lebih kurang 45 hari sahaja. Ini kerana pelbagai perkara perlu diambil kira terutamanya sensitiviti keluarga pihak Zaiton Sameon.
"Bukan mudah untuk menjayakan filem ini kerana perlu meneliti segala sudut. Dari awal lagi Zaiton telah meminta pihak kami untuk tidak memfokuskan tentang keluarga, sebaliknya mengambil zaman kegemilangan sebagai jalan cerita," jelas Esma.
"Zaiton: Ceritaku" diterajui oleh aktres baru Nadiah Aqilah Bajuri, Karl Shafek, Arash Mohamad dan Norlia Ghani bakal menemui penonton di pawagam terdekat bermula 1 November akan datang.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda