Yahudi Zionist Laknatullah Akhirnya Minta Gencatan Senjata
REPUBLIKA.CO.ID, GAZA: Lima hari selepas serangan pertama rejim Israel ke Gaza, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menunjukkan perlawanan luar biasa dan mampu menjadikan kedudukan-kedudukan strategik Israel di bawah tanah, khususnya Tel Aviv, sebagai sasaran roket-roket mereka.
Keadaan ini memaksa pemimpin rejim Israel untuk mengupayakan terciptanya gencatan senjata tanpa syarat dengan Hamas, demikian dilaporkan oleh Qodsna Ahad (18/11).
Timbalan Perdana Menteri rejim Israel, Moshe Yaalon dalam wawancaranya dengan saluran 2 TV Israel mengatakan, "Demi mewujudkan kestabilan di wilayah penempatan Zionis, Israel bersetuju untuk gencatan senjata dengan Hamas yang dimediasi Mesir."
Walaupun begitu, dia menambah, "Israel mengajukan empat syarat untuk gencatan senjata.
Tembakan roket dari Gaza ke beberapa kedudukan penting Zionis harus dihentikan, unit-unit tentera Israel di sempadan Gaza tidak boleh diserang, operasi ketenteraan anti-Israel harus dihentikan dan Hamas harus menerima tanggungjawab berkaitan Jalur Gaza, serta mauver ketenteraan yang dilakukan kumpulan selain gerakan penentangan kepada Israel, ditentukan sendiri oleh rejim Israel.
Sumber
Kesan daripada serangan Zionist melalui serangan udara dan laut menunjukkan kegagalan di pihak Zionist kerana sedikit sangat kematian di pihak Mujahedeen kerana kebanyakan yang menjadi mangsa akibat serangan adalah Orang tua, wanita dan kanak-kanak. Akibat daripada perkara ini seluruh dunia telah melihat siapa sebenarnya Zionist dan sekutu kuatnya Amerika.
Mereka sebenarnya ingin membuat penghapusan etnik di Palestin. Apa yang menarik perhatian aku pada ketika ini ialah serangan Zionist menyebabkan penyatuan di kalangan Mujahedeen yang bertelagah di Palestin dan mereka bersatu dibantu oleh Mujahedeen di sekitar Asia Barat.
Melihat penyatuan inilah, Zionist dapat menghidu kekuatan Jihad telah kembali lantas mereka hendak mengishtiharkan gencatan senjata. Perkara ini sudah tentu mendapat nasihat daripada sekutu mereka Amerika. Akibat serangan ini juga, Mesir telah membuka pintu sempadan Rafah seluas-luasnya untuk pelarian dan Mujahedeen seluruh dunia berjuang bersama di Gaza. Perkara ini membimbangkan Zionist, setelah pintu sempadan ini begitu lama ditutup semasa pemerintahan rejim Hosni Mubarak.
Kesan daripada serangan ini juga, Zionist telah mengalami kerugian berjuta dollar akibat boikot yang telah dilakukan diseluruh dunia, nah sapa kata yang boikot ini sia-sia.
Melihat daripada peristiwa ini, aku ingin kaitkan apa yang berlaku di Malaysia pertama aku lihat rakyat Malaysia ramai lagi yang tidak sensitif berkenaan penindasan yang berlaku di Gaza
Banyak jugalah aku tengok kt facebook orang Islam yang berkata boikot hanya sia-sia, dangkal sungguh kenyataan kamu itu..Mohon Allah memberi petunjuk kepada kamu. Satu lagi perangai orang Yahudi Zionist apabila kuat mereka akan menindas dan menzalimi kamu..Tetapi apabila dia lemah dan rasa hendak mengalami kekalahan mereka akan mengadakan perdamaian dan gencatan senjata..
Jadi berhati-hati dengan pendamaian dan perpaduan yang aku utarakan tadi..Di Malaysia Macam Mana?
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda