SUNGKAI: Seorang anggota polis dan keluarganya menempuh detik cemas apabila sekumpulan empat perompak bersenjatakan pedang yang memecah masuk rumah mentuanya, merampas dan mengugut mahu mencampakkan bayinya ke dalam sungai, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, ketika Lans Koperal Mohd Yusri Che Deraman, 27, dan tujuh penghuni lain nyenyak tidur di rumah mentuanya di Kampung Kelah Baru, di sini.


wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman

Mohd Yusri dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, dia dikejutkan daripada tidur oleh keempat-empat penjenayah yang menghalakan pedang ke mukanya.


“Mereka kemudian mengikat tangan dan kaki saya dengan tali, selain menyumbat mulut dengan kain,” katanya.

Menurutnya, isterinya, Faizatul Qhairiah Yahya, 27, bersama anak perempuan, Nur Fatini Damia, 4, bapa serta ibu mentua, Yahya Abdullah, 60, dan Lon Abd Aziz, 55, serta dua adik iparnya, Muhd Zariat Yahya, 21, dan Lailatul Najwa, 10, turut diperlakukan sedemikian.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top