SEOUL: Korea Selatan memberi penganugerahan kepada penyanyi rap Psy kerana kejayaannya menyebabkan gelombang “Gangnam Style” sehingga menjadi satu fenomena seluruh dunia.

Kementerian Kebudayaan Korea Selatan pada Selasa mengumumkan Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang akan menerima “Okgwan Order of Cultural Merit” yang dianugerahkan kepada mereka yang berjasa dan cemerlang dalam dunia seni.

“Psy telah dipilih untuk menjadi contoh kerana “Gangnam Style” yang diilhamkannya telah berjaya meningkatkan daya minat dunia terhadap Korea,” kata Kementerian Kebudayaan kepada AFP.

Psy berjaya melonjakkan namanya ke arena antarabangsa sejak video “Gangnam Style” yang menampilkan gaya tarian kuda menjadi ikutan selepas dimuat naik menerusi laman YouTube.

“Gangnam Style” yang dihasilkan sebagai sebuah penghargaan kepada kejiranan kelas tinggi di Seoul telah ditonton lebih 654 pelayar Internet menjadikan ia antara karya kedua yang cukup popular menerusi YouTube selepas klip video “Baby” nyanyian Justin Bieber yang disaksikan 796 juta orang.

Lagu Psy itu telah menduduki carta dari Britain sehingga ke Australia dan menduduki tempat kedua di US Billboard Hot 100 selama enam minggu berturut-turut.

Korea Selatan melihat budaya popular seperti itu menjadi kuasa eksport yang tinggi selain mampu memberi pendedahan antarabangsa terhadap sebuah negara yang merasai seperti terkebelakang berbanding jirannya iaitu China dan Jepun.

Kerajaan juga telah membelanjakan wang yang banyak terhadap program televisyen Korea dan muzik pop yang melanda Asia sejak sekian lama.

Sementara itu pengarah filem Kim Ki-Duk yang menerima anugerah “Golden Lion” sempena Festival Filem Venice tahun ini menerusi filemnya berjudul “Pieta” akan menerima “Eungwan Order of Culture Merit” yang mana ia adalah penghargaan yang lebih tinggi daripada anugerah diperoleh Psy. – AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top