Titik permulaan bagi Nurul Izzah - Anwar
KEMAMAN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontroversi panas yang mendakwa anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR, berhubung isu kebebasan memilih agama, sebagai titik permulaan kepada anaknya itu untuk belajar mengharungi dunia politik sebenar.
Beliau berkata, dunia politik sebenar bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi serta memerlukan kekuatan.
“Nurul Izzah difitnah dan diserang demi kepentingan politik. Pelbagai kecaman yang dia terima termasuk ada yang mahu dia ditangkap tanpa perkara itu disiasat terlebih dahulu,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sembang rakyat sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat yang singgah di Pekan Kerteh, dekat sini, petang ini.
Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan kontroversi itu untuk menyerang Nurul Izzah sedangkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan telah dimanipulasi kerana tiada isu besar untuk dibangkitkan.
Malah, kata Anwar, beliau sendiri juga sudah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini termasuk kononnya beliau menyokong fahaman pluralisme.
Terdahulu, Anwar bersama rombongan turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Mizan sebelum menghadiri jamuan tengah hari bersama kira-kira 2,000 penduduk setempat yang membanjiri tapak ceramah dan sejurus kemudian meneruskan siri jelajah ke Kuala Terengganu.
Hadir sama, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat.-suarapeople
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda