Seremban : Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan berasingan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun pada Mei lalu.
Hakim Datin M Kunasundary dalam penghakimannya meneliti semua fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan serta menetapkan hukuman berkuat kuasa mulai semalam.
Beliau juga memerintahkan kedua-dua tertuduh, Shafei Kamarulzaman, 21, dan Muhammad Sharulrizal Samsudin, 23, membayar kos pendakwaan RM 1,000 serta pampasan RM2,000 kepada mangsa setiap seorang.
Katanya, jika gagal membayar kos pendakwaan dan pampasan, kedua-dua tertuduh dipenjara lapan bulan.
wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai
Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman
Berdasarkan pertuduhan, Shafei didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun dua bulan di Rumah Rakyat Pekan Lukut, Port Dickson 30 Mei lalu pada jam 11.30 malam.
Muhammad Sharulrizal pula didakwa merogol mangsa sama di Rumah PT 1515, No 524 Jalan 1/9, Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson, 31 Mei lalu pada jam 1 pagi.
Mereka dituduh melakukan kesalahan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Sebelum ini, mereka memohon dibicarakan, namun menukar pengakuan kepada bersalah selepas saksi pendakwaan pertama (mangsa) memberikan keterangan.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda