Tengku Abdullah

KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bimbang dengan prestasi skuad Harimau Malaya selepas mengalami kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan persahabatan menentang Vietnam dan Thailand baru-baru ini.

Tengku Abdullah bertitah, Datuk K. Rajagobal perlu mengenal pasti puncanya berikutan pasukan bola negara dilihat tidak menunjukkan pretasi yang konsisten sepanjang perlawanan persahabatan tersebut.


“Ini satu kebimbangan dan saya berharap pada perlawanan perlawanan persahabatan di luar negara yang seterusnya kita membariskan pemain utama dan cukup-cukuplah meletakkan percubaan.

“Apa yang lebih penting sekarang ini Rajalgobal perlu kenalpasti kesebelasan utama yang perlu diturunkan.

“Biarpun tidak semua bermain, sekurang-kurangnya sebahagian besar terlibat dalam perlawanan ini (persabahatan). Jika kita kerap tukar pemain, kita tidak akan dapat pemain yang serasi,” titah baginda ketika ditemui pemberita pada Program Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012 sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di perkarangan Stadium Darul Makmur, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut diminta mengulas mengenai kekalahan skuad Harimau Malaya kepada Vietnam dan Thailand baru-baru ini, dalam persediaan menghadapi Piala Suzuki AFF 2012.

“Kekalahan dua perlawanan persahabatan tersebut bukan menunjukkan kegagalan Rajagobal kerana tidak membariskan kesebelasan utama dalam perlawanan tersebut.

“Objektifnya adalah untuk kenal pasti pemain-pemain baru, tetapi dalam hal itu juga, kita hendakkan momentum kemenangan kerana akan dapat memberi semangat dan moral untuk pasukan kita bagi menghadapi kejohahan ini (Piala Suzuki AFF).

"Saya rasa begitu banyak masa telah kita berikan untuk perkara tersebut tetapi dua kali kalah ini, merupakan satu kebimbangan untuk skuad Harimau Malaya terutama menjelang sepak mula Piala Suzuki AFF," titahnya.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos sementara Vietnam yang menduduki ranking ke-140 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Filipina dan Myanmar.-sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top