PETUA MELAYAN SUAMI UNTUK MENGELAKKANNYA KAHWIN LAIN
1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
3. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya.
4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah S.W.T.
sumber
Kaum wanita mudah masuk syurga jika menepati syarat2 iaitu bersolat lima waktu,berpuasa di buloan Ramadhan,,memelihara maruah(kemaluan) ttapi syarat keempat iaitu taat kepada suami yg sukar dilakukan menyebabkan ramai wanita di dalam neraka!
BalasHapusare we married to please a guy o are we married to share our life with d love one.
BalasHapuskedua2 pihak mesti la menyenangi hati pasangan masing2, suami jga msti menyenangkan hati isteri, sekiranya isteri penat, suami perlu menolong dlm rumahtgga, ikuti la perangai nabi yg x pnh mbebankan isterinya...
BalasHapusthere are few reasons why we get married. if you think you want to share your life with your spouse,then go a head... sharing is caring... is it true? if you care you will try to make your partner as happy as possible. it nothing to do with `i not marrying somebody because you have to make them happy`.. its just something to do with your feeling of responsibility toward your family, especially your husband.. further more is it wrong to please your husband ? and him pleasing you? if we abide to the hadis (saying of prophet Muhd. P.B.U.H)... making other people happy esp.your spouse is one of the good deeds to be practiced in life.. rather than making them miserable and unhappy with you.. marrying is not just getting together and sharing your dreams and what ever you have.. but it is and ibadah.. and at the end of the day we will have to face Allah.. i think the idealistic philosophy in marriage orchestra by the western i.e marriage is getting couples to share what they have is not good enough to hold the marriage to last for long. the teaching of Islam and the saying of Mohammad (p.b.u.h) in marriage last to day of judgement. if your spouse did not do anything good to your marriage, he or she will have to answer in front of god... so give the best to our spouse to make them happy... it will come back to you...
BalasHapusentahla payah nk ckp zaman sekarang nie.
BalasHapuskadang2 keadaan memaksa....isteri zaman sekarang bukan mcm zaman mak2 kita dulu..byk cabaran dah pancaroba....isteri pun bantu cari nafkah...balik rumah terkejar2 ambil anak dari sekolah rumah pengasuh....suami balik kerja lewat....balik rumah anak2 buat hal...isteri stress.....suami hanya tahu balik kerja pergi kerja...kerja rumah semua isteri buat..kalau macam tu...baik isteri duduk rumah tak payah kerja.....tapi mmapu ke suami tu kerja sorang nak tanggung perbelanjaan yg makin meningkat zaman sekarangg...fuhhhhhhhhhh...macamana la nak jadi isteri yg solehahhh....
BalasHapusBuat sedaya yg mampu,tak laratlah nak buat semua. Penat,awok pun keroja juga.
BalasHapusBeing a good wife is never easy, even if you have a near-perfect husband. To be a good wife, you have to be able to communicate effectively, to keep your romance alive, and to be your husband's best friend while maintaining your own identity.
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusingat nak masuk syurga ada jalan pintas kerr hehehe... itu klu nak masuk syurga la... kalau nak masuk neraka itu terpulang yg punya badan..nak masuk syurga tp mau buat alakadar jerr ambik yg full version la baru dapat syurga yg baik punya hehe
BalasHapus