Ape yang korang tahu pasal kematu di kaki? Haa ade sesetengah individu yang tak tahu boleh meneruskan membace ok… Apa itu kematu?

 Kematu ialah pembentukan sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki. Ia  berlaku sebagai satu tindak balas bagi melindungi kaki akibat tekanan yang berlebihan dan geselan. Kematu, biasanya terbentuk pada tumit, benjolan tapak kaki atau bahagian bawah ibu jari kaki.


Masalah ini biasanya disebabkan pemakaian kasut bertumit tinggi, kasut terlalu kecil, obesiti dan cara seseorang itu berjalan. Selain itu, tapak kaki yang rata, atau lengkungan tapak kaki terlalu dalam dan kehilangan lemak-lemak pada bawah tapak kaki juga punca seseorang itu menghidap kematu.


PETUA-PETUA NAK HILANGKAN KEMATU
Ambil beberapa helai daun betik, rendam dalam air suam. Kemudian ramas daun betik berkenaan. Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit. Gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan. Lakukan selalu, insya-Allah kematu kaki akan berkurangan.


Sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top