Lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan serta berambut panjang dirakam Mohd Hishamuddin, di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.
CHUKAI – Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin.
Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walau ntergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kirakira
jam 11.30 malam.
“Lembaga itu berada di dalam gerai di belakang pekerja kedai yang sedang duduk membelakanginya. Bila imej dirakam, dapat dilihat wajah lembaga itu tetapi gambarnya tidak terlalu jelas.
Namun bila diamati akan dapat dilihat wajah hantu tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sementara itu, seorang peniaga, Faridah Puteh, 46, mendakwa, kemunculan lembaga itu berkemungkinan ada kaitan dengan penyakit misteri yang dialami anaknya yang bekerja sebagai tukang masak di gerai berkenaan tempat dirakam imej hantu.
Katanya, anak ketiganya, Mohd Suhaimi Khairul Samri, 27, yang masih bujang mengalami masalah buang air kecil berdarah, sejak Jumaat lalu.
“Darah yang keluar seperti darah beku dan kehitamhitaman.Terkejut dengan keadaan itu saya membawanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Chukai sebelum pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Kuantan, Pahang pula.
“Namun, hasil pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan, doktor yang merawat anak saya beritahu dia tidak mengalami sebarang penyakit.
Yang peliknya anak saya tidak mengalami sakit ketika membuang air kecil tetapi darah hitam yang keluar dan bukan air kencing biasa,” katanya.
Susulan itu dakwanya, badan anaknya kini semakin susut dan hanya memakan ubat hospital dengan harapan penyakit misteri itu sembuh.
Sehubungan itu, Faridah memohon mana-mana pihak terutama pengamal perubatan Islam tampil membantu dengan menghubunginya menerusi talian 012-9845772 agar penyakit misteri anaknya itu dapat diubati.-sinar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda