WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengulangi pendirian bahawa negara itu menyokong hak Israel untuk mempertahankan negaranya.

Pendirian itu ditegaskan Obama dalam perbualan bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menyentuh mengenai konflik di Gaza.


“Presiden menegaskan sokongan Amerika terhadap Israel untuk mempertahankan diri dan menyatakan kekecewaan terhadap kehilangan banyak nyawa orang awam Israel dan Palestin,” kata satu kenyataan Rumah Putih.

Netanyahu yang mengambil inisiatif membuat panggilan itu juga menyatakan terima kasihnya kepada pelaburan Amerika dalam pengeluaran roket Iron Dome dan sistem pertahanan mortar Israel.

Beliau berkata, kedua-dua sistem pertahanan itu amat berkesan dalam membendung dan menewaskan serangan roket dari Gaza serta menyelamatkan banyak nyawa penduduk Israel.

Obama turut berbual dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang menyatakan kekecawaannya mengenai kehilangan nyawa penduduk Israel dan Palestin dan mahu agar krisis terbaru itu segera diselesaikan. – AFP

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top