PERKAHWINAN pada usia muda mendatangkan dua konotasi berbeza. Ia sebuah perkebunan cinta yang subur menghijau namun jika salah percaturan, ia bakal menjadi perkuburan cinta.
Dalam satu fakta yang dikemukakan pakar motivasi Datuk Mohd. Fadzilah Kamsah, sebanyak 65 peratus pasangan muda bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Sebanyak 80 peratus pasangan muda di negara ini dikesan melafazkan cerai berikutan hubungan tidak direstui keluarga.
Sekilas pandang kisah rumah tangga artis tempatan, banyak perkahwinan artis-artis muda yang bermula dengan cinta bersemi tetapi terputus dalam masa yang singkat.
Nama-nama seperti Maya Karin, Nora Danish, Farah Asyikin, Nabila Huda Shuhaimi, Beego, Adda Butterfly, Anne Ngasri, Erema dan Siti Nordiana adalah antara selebriti tempatan yang berdepan kegagalan perkahwinan pada usia muda.-kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda