Lagi Tentang Isu Halal : Ayam Penyet (AP) Ria
Lagi kisah mengenai isu halal dan kali ini ia melibatkan kedai makan Ayam Penyet (AP) Ria.
Menerusi beberapa laman sosial termasuk Facebook dan Twitter, ada mengatakan tentang restoran ini tidak disahkan status halalnya.
Tetapi tidak pasti pula sama ada semua cawangan kedai ini tidak halal atau sesetengah daripadanya saja.
Ini kerana setiap rangkaian kedai Ayam Penyet (AP) Ria ini mempunyai pembekal yang berbeza mengikut francais masing-masing.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Ayam Penyet Ria cawangan Summit, USJ.
Malah, cawangan itu turut memberitahu, yang mereka juga sebenarnya dalam proses permohonan bagi mendapatkan sijil halal dari pihak Jakim.
Diharapakn pihak berkenaan dapat tampil bagi menerangkan situasi sebenar supaya pengguna tidak berasa keliru.
Tunggu saja kenyataan dari mereka.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda