Gambar ihsan dari google
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia tidak lama lagi dijangka perlu membayar lebih untuk mengambil pembantu rumah Indonesia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Selasa.
Beliau berkata agensi-agensi pembantu rumah di kedua-dua belah pihak telah mengadu mengenai yuran rendah yang dikenakan bagi setiap pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia, dengan alasan ia tidak cukup menguntungkan berbanding dengan negara lain di rantau ini.
"Mereka berkata kos (seperti yang digariskan) di bawah memorandum persefahaman (antara Malaysia dan Indonesia mengenai pekerja domestik) adalah terlalu rendah bagi mereka (untuk mendapat keuntungan).
"Jadi kita telah beritahu mereka supaya membincangkannya semula dan kemudian memberikan kos realistik, yang akan membolehkan mereka (pembantu rumah) dibawa datang ke sini," beliau berkata pada satu sidang akhbar di sini.-mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda