Kelantan dapat penaja terbesar yang sukar diperolehi pasukan lain di Malaysia
RASANYA tidak salah jika saya mengatakan Penaja Terbesar pasukan The Red Warriors ialah penyokong Kelantan sendiri.
Tanpa disedari, penyokong inilah yang sentiasa memenuhi Stadium tidak kira di Stadium Kelantan atau mana mana Stadium di Malaysia.
RM15 Terbuka dan RM25 Astaka untuk satu satu perlawanan itu adalah tajaan penyokong kepada pihak KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) dan kadang kadang terpaksa membayar sehingga RM60 untuk terbuka manakala RM100 untuk Astaka gara gara Ulat Tiket yang tidak bertanggungjawab yang mahu merosakkan suasana meriah bola sepak di negeri Kelantan namun demi negeri KELANTAN DARUL NAIM mereka sanggup membayarnya.
Tahniah buat para Penyokong Kelantan. Teruskan menyokong The Red Warriors untuk musim 2013.
Hujan ribut panas terik badai taufan Jiwa penyokong Red Warriors tetap teguh bersama pasukan Kelantan Walau jatuh walau bangun berhalangan Kalah menang tetap teruskan Perjuangan.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda