KUALA LUMPUR: Pusat karaoke dan kolam memancing yang menjadi tumpuan segelintir warga emas untuk memancing sambil berhibur dengan pelayan pelanggan (GRO) dipercayai bersekongkol menawarkan pakej maksiat kepada pengunjung termasuk beragama Islam.

Ini berikutan tinjauan wartawan Metro Ahad mendapati segelintir pengunjung beragama Islam dilihat selamba meneguk minuman keras di gerai minuman yang dikendalikan kolam memancing terbabit, manakala sebuah premis snuker bersebelahan pusat karaoke dijadikan tempat berjudi di kalangan pengunjung.

 Lebih mencurigakan, bahagian dalam pusat karaoke berkenaan diawasi lebih lapan kamera litar tertutup (CCTV) seolah-olah khuatir kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Pakej melalaikan itu jelas menarik perhatian pengunjung hingga sanggup menipu keluarga kononnya memancing. Pemerhatian wartawan mendapati beberapa penunggang motosikal yang baru tiba di kolam itu dengan membawa bersama joran, meninggalkan kelengkapan memancing mereka di kenderaan atau kaunter dan terus memasuki pusat karaoke terbabit.


wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman


Seorang pekerja warga asing di kolam memancing itu bagaimanapun berdolak-dalik mengenai kaitan kedua-dua premis berkenaan.

Dia mendakwa premis pusat hiburan terbabit disewakan dan pihak pengurusan kolam tidak campur tangan dalam sebarang aktiviti dijalankannya.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan tetap kolam memancing itu ketika ditanya mendakwa kedua-dua premis berkenaan mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan aktiviti yang disediakan sebagai pelaris bagi menarik perhatian pengunjung supaya tidak beralih ke kolam pancing lain.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top