Tan Sri Annuar Musa
Menyifatkan perpindahan pemain baru mereka tertakluk di bawah kontrak pemain ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Annuar ketika dipetik dari laman sosial Facebooknya berkata, setiap pemain yang diambil untuk membarisi skuad The Red Warriors (TRW) musim depan tidak mempunyai sebarang baki kontrak dengan pasukan asal.
"Kita tak perlu curi pemain. Yang nak datang kita pastikan mereka tidak ada kontrak dengan sesiapa tahun depan.
"Sila lihat peraturan kontrak, pemain yang kita ambil mempunyai hak penuh di bawah perkara 10.6 dan 10.7. Oleh kerana pasukannya gagal memenuhi perkara 10.1, 10.2, 10.3 dan 10.4 dibawah cara-cara melanjutkan kontrak, malah notis mereka bertarikh 17 september adalah tidak mencukupi tempoh minima 3 bulan sebelum kontrak tamat (iaitu sebelum 31 Ogos) dan tidak terpakai.
"Kalau pemain pernah bersetuju sekalipun, mereka wajib dalam tempoh 30 hari dari tarikh setuju menyedia dan menandatangani kontrak baru (sebelum 1 November).
"Tapi ini juga tidak dibuat dan bercanggah dengan perkara 10.3 dan 10.4 kontrak. Jesteru pemain berkenaan punya hak untuk berunding dan mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan baru," katanya.
Berpengalaman berikutan pernah melalui perkara sedemikian, Annuar berkata: "Saya harap teliti dulu peraturan sebelum membuat komen. Semoga penjelasan ini memberi gambaran jelas kepada semua dan periksa tindakan masing-masing."
Selain mengekalkan 95 peratus pemain asal, Kelantan turut menyenaraikan empat pemain baru, Mohd Haris Safwan Md Kamil (Johor FC), K Nanthakumar (Perak) serta Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri (T-Team) untuk menguatkan lagi jentera TRW musin depan.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda