Kini masuk hari ke-8, keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza masih berterusan. Pesawat udara Israil dan trak tentera melancarkan serangan baru yang mensasarkan kawasan berlainan di Semenanjung Gaza sementara sumber Israil melaporkan beberapa roket mengenai tentera Israil pada malam semalam dan pagi ini.

Sumber berbahasa Ibrani mendedahkan bahawa genjatan senjata yang bermula semalam telah ditunda dan Saluran 10 Israil mengatakan penangguhan diminta oleh pihak Israil.


Saluran 10 Israil turut memaklumkan pegawai Pergerakan Hamas menyatakan Israil tidak meluluskan syarat-syarat Hamas dan memutuskan untuk meneruskan peperangan, oleh itu Hamas juga akan meneruskan perang.

Sumber rasmi Hamas mengatakan genjatan senjata akan ditunda untuk satu atau dua hari berdasarkan permintaan Israil.

Sumber media melaporkan wartawan agensi berita Iran cedera sewaktu serangan Israil pada waktu subuh.
Tentera Israil mendakwa mereka menyerang stok senjata, lokasi ketenteraan Hamas dan terowong yang digunakan untuk memindahkan bahan api dari Mesir ke Gaza.

Tentera Israil mengatakan mereka mensasarkan 1,500 sasaran di Gaza sejak “Operasi Turus Pertahanan”, 200 telah disasarkan pada hari semalam dan pagi Rabu.

Penjajah Israil memusnahkan rumah, jambatan dan institusi kerajaan di Gaza.
Dalam serangan udara terbaru, F16 mengebom rumah Mohammad al-Shaf’I di kem pelarian al-Breij di tengah Semenanjung Gaza pada waktu subuh.

Pesawat udara turut mengebom rumah Mohammad al-Hadidi di kem pelarian al-Nusseirat, memusnahkan Jambatan Wad Gaza dan jambatan lama di kawasan al-Meghrafa.
Jumlah syuhada meningkat kepada 139 dan beratus-ratus cedera.

Jumlah kematian dan kecederaan akibat keganasan Israil ke atas Gaza hari ini meningkat kepada 139 syuhada dan 1,040 mangsa cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.

Pada subuh Rabu, dua adik-beradik: Ahmad dan Khaled Abu Mura terbunuh dalam serangan udara yang mengenai Rafah, terdapat penduduk yang turut terbunuh di kawasan al-Zawayda di Gaza. Sementara itu seorang penduduk, Hassan Yousef terbunuh dalam serangan udara di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Selain itu seorang penduduk Palestin turut terbunuh dan tiga cedera dalam serangan udara terbaru berhampiran Masjid al-Shaf’e di Jabaliya di Semenanjung Gaza.

Tiga wartawan turut terbunuh pada petang Selasa: Mohammad Mussa Abu Aicha ketika serangan udara di kawasan al-Baraka di selatan Deir al-Balah sementara Hussam Salameh dan Mahmoud al-Koumi pula terbunuh dalam serangan udara yang mensasarkan kenderaan mereka di kejiranan al-Nseir di barat laut Gaza. Tiga penduduk Palestin turut syahid dalam serangan Israil yang mensasarkan sekumpulan orang awam di Jalan Baghdad di kejiranan al-Shaj’yeh.


Sumber: Palestine News Network | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top