[GAMBAR]Hasil air tangan Emma Maembong sempena Deepavali
Umum kini sudah pun mengenali nama Emma Maembong, 20, dalam dunia lakonan apabila melakukan penampilan pertama dalam slot drama berjudul Kau Yang Terindah bulan lalu.
Dalam drama tersebut, Emma masih lagi kekok untuk berlakon.
Namun, adat untuk yang masih lagi baru terjun ke dalam dunia lakonan, gadis muda itu mengakui masih lagi memperbaiki mutu lakonannya.
Siapa sangka, Emma sebenarnya mempunyai bakat melukis selain berbakat untuk berlakon.
Orang kata, mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Jadi, samalah seperti diri Emma. Dia mewarisi bakat melukis melalui ayah kesayangannya, Ismail Embong yang juga pelukis terkenal negara.
Menerusi laporan Utusan Online, Emma yang sejak kecil lagi tinggal bersama ayahnya banyak menghabiskan masa melukis bersama ayah tercintanya.
Setiap bakat dan seni lukisan banyak dipelajari dari ayahnya.
Sejak bergiat aktif dalam pentas lakonan, Emma akui masa untuk dia berkarya di atas kanvas putih terbatas dek kerana jadual pengambaran yang padat.
“Saya memang suka melukis sejak dari kecil. Saya selalu melukis bersama-sama ayah. Walaupun sudah berlakon, saya masih juga melukis. Cuma sekarang waktu untuk melukis sangat terhad,” kata Emma.Bukan itu sahaja, setiap hasil karya Emma telah pun dipertontonkan kepada umum di Maembong’s Art Gallery.
Lihatlah kebolehan melukis yang dilukis oleh Emma sendiri.
sumber
Owh..cantik lukisan2nya..orangnya pun cantik.
BalasHapuslepas ni Lukis gmbar Zizan ....
BalasHapuscntikla kak emma lukis.....tlong ajr sy blh??
BalasHapusap kes lak zizan nk lukis dia kna menari la plak =D
BalasHapusWow...hebatnya...tahniah!!!
BalasHapus