Di klinik inilah Harris George dikatakan telah mencabul seorang kanak-kanak lelaki pada 20 Oktober lalu.


JOHOR BAHRU – Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bulan lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Navin Harris George, 40, didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas mangsa pada 20 Oktober lalu di antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang.


Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Poliklinik Navin, Taman Bukit Indah, Nusajaya di sini.
Dalam pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa sengaja merangsang mangsa ketika dalam perjalanan menuju ke Poliklinik Navin pada tarikh dan waktu yang sama semasa menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.-kosmo

Posting Komentar

  1. Kes ini sudah dibuang dari mahkamah!Didapati ibubapa yang membuat laporan palsu. Kenapa tak update..nanti kena saman dari peguam doktor la!

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top