Cristiano Ronaldo, Pemain bola sepak termahal di dunia mengubah pandangan dunia terhadapnya apabila dia telah memberikan kasut emas yang dimenanginya kepada lembaga amal bagi membantu anak-anak Palestin.

Bekas pemain Manchester United itu yang kini bermain bersama kelab Real Madrid telah dilaporkan melelong kasut emas miliknya yang dimenangi pada tahun 2011 pada harga 1.4 juta euro. Wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

Sokongan Cristiano Ronaldo terhadap rakyat Palestin adalah signifikan dan pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda sokong pembebasan Negara itu dan dikhabarkan juga pernah berkunjung ke tanah pendudukan Palestin sekitar tahun 2005-2007. Mari kita berdoa agar Cristiano Ronaldo mendapat hidayah memeluk agama islam. Jika beliau dikurniakan hidayah, nescaya peminat-peminatnya juga pasti turut mengikut jejak langkahnya.-melayukini

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top