Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .

Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .


Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .

Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88

” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “
Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !


Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?


sumber

Posting Komentar

  1. Pada asalnye bumi hanye ada satu daratan benua yang sangat luas dipanggil Pangea tetapi bumi hari ini punyai 6 daratan benua.
    Sebenarnya apa yang dimaksud dengan teori Pangea? Teori Pangea adalah sebuah teori yang menyatakan bahwa jutaan tahun yang lalu semua benua bergabung bersama dalam satu daratan besar yang disebut Pangea (sebelum akhirnya benua sekarang terdiri dari 5 (skang dah 6 buah benua).
    Kemudian karena suatu alasan yang masih belum diketahui pasti, benua-benua berpecah dan mulai hanyut dalam arah yang berlawanan. Teori selanjutnya mengatakan bahawa benua-benua akan terus melayang hanyut sampai mereka bertemu lagi,cume dalam konfigurasi yang berbeda. Di yakini oleh beberapa ahli bahawa pangea memilik karater yang sama dengan Antartica sekarang.
    Maka benarkah pertembungan lempeng bumi (plate tintonik) lalu menujah dan menjulang dan terbentuknye banjaran Himalaya dimana gunung tertinggi didunia iaitu gunung everest abadi disana.
    Kalau kita lihat atlas maka kita dapati banjaran himalaya yang sangat terkenal itu berkongsi dengan beberapa buah negara dan negara negara tersebut berada ditengah benua Asia..
    Maka dimana lautannye atau adakah negara India, China, Nepat, Tiebet dan beberapa negara sekitar terbentuk dari dasar laut juga..
    Huhhh ...

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top