FILEM Istanbul Aku Datang menggandingkan Lisa Surihani dan Berto Kusyairy buat pertama kali di layar perak.


KETIKA menonton filem Istanbul Aku Datang bersempena majlis malam gala yang diadakan di Golden Screen Cinema (GSC) Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini, boleh dikatakan ia merupakan sebuah filem romantik komedi yang cukup menarik.

Filem terbitan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Red Films itu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dian (lakonan Lisa Surihani) yang berkunjung ke Istanbul, Turki terpaksa tinggal serumah dengan Haris (Beto Kusyairy) setelah ditipu oleh seorang lelaki tempatan.


Di sebalik lakonan mantap yang ditampilkan oleh dua orang pelakon utamanya itu, filem tersebut menimbulkan persoalan.



Ini kerana ia memaparkan kisah lelaki dan wanita bukan muhrim tinggal serumah dan dilihat sebagai sesuatu yang agak kurang sesuai dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia.

Pengarahnya, Bernard Chauly berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menggalakkan perbuatan bersekedudukan kerana apa yang dipaparkan dalam filem itu adalah situasi seorang gadis yang tidak mempunyai pilihan lain apabila ditipu ketika hendak menyewa rumah.

“Bagi saya, terpulang kepada persepsi penonton terhadap jalan cerita filem ini, namun sebagai pengarah, saya ingin menegaskan penceritaan yang ingin disampaikan ialah mengenai insiden lucu yang terjadi membabitkan watak Haris dan Dian.

“Lagipun mereka cuma tinggal di dalam satu pangsapuri yang sama, tetapi berlainan bilik dan apa yang berlaku adalah disebabkan keadaan terpaksa yang dialami oleh Dian apabila ditipu dan semua wangnya habis,” jelasnya.

wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman

Sementara itu, ketika ditanya tentang idea untuk menghasilkan filem berkenaan, pengarah yang sebelum ini popular menerusi filem Gol & Gincu dan Pisau Cukur menyatakan, semuanya bermula ketika kali pertama berkunjung ke Istanbul.

Menurut Bernard lagi, pada Januari tahun lepas, dia bersama penulis skrip Istanbul Aku Datang, Rafidah Abdullah dan penerbit Red Films, Lina Tan melancong ke Istanbul.
“Melihatkan pelbagai keunikan sepanjang berada di sana, akhirnya telah timbul idea dan kami mencapai kata sepakat untuk menghasilkan sebuah filem yang bercorak romantik komedi.

“Kemudian apabila pulang ke Malaysia, Rafidah terus menghasilkan skrip dan selepas itu kami telah berbincang dengan pihak Grand Brilliance untuk menjalinkan kerjasama sehinggalah penggambaran bermula pada September 2011,” jelasnya.

Mengenai pemilihan para pelakon pula, pengarah berkenaan memberitahu, dia memilih Lisa, Beto dan Tomok sebagai teraju utama kerana mereka mempunyai kekuatan tersendiri untuk memainkan watak yang diberikan.

Ujarnya, dia sendiri mengakui sangat berdebar semasa kali pertama menonton filem arahannya itu, namun sangat berpuas hati dan memuji para pelakon yang telah menampilkan lakonan yang menarik dan memuaskan.

“Tidak dinafikan terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui memandangkan ia 100 peratus dilakukan di Istanbul, namun saya tetap menyahut cabaran yang dilalui semata-mata mahu menghasilkan sebuah filem yang mampu menghiburkan penonton,” jelasnya.

Kelas lakonan

Bagi memastikan para pelakon dapat menjiwai watak yang dibawa dengan berkesan, para pelakon telah menghadiri kelas lakonan selama dua minggu yang dikendalikan oleh Bernard dan penolongnya iaitu Umi Salwana Omar sebelum bertolak ke Istanbul menjalani penggambaran.

Bagi Beto, kelas lakonan yang dianjurkan itu sememangnya banyak membantu dirinya untuk memperkukuhkan lagi asas dan mutu lakonan agar watak yang dibawakan itu dapat menarik perhatian penonton.

“Walaupun saya sudah mempunyai banyak pengalaman berlakon, tetapi menerusi kelas lakonan tersebut banyak perkara yang saya belajar terutama menghayati watak sebagai Haris dalam filem ini.

“Berkenaan dengan watak saya pula, sudah tentu ia menampilkan banyak kelainan berbanding watak romantik yang pernah saya lakonkan sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, Lisa yang membawakan watak Dian pula mengakui berlakon dalam filem tersebut memberikan pengalaman yang berbeza dan gembira kerana dapat bekerjasama dengan satu pasukan produksi yang mantap.

“Mengenai gandingan dengan Beto dan Tomok langsung tidak mendatangkan masalah besar. Misalnya, Beto memang sudah berpengalaman luas dalam lakonan, manakala Tomok pula telah menampilkan lakonan yang baik dan berkesan,” ujarnya.

Istanbul Aku Datang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia menjelang 8 November ini.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top