Betty Banafe Nekad Teruskan Perkahwinan
KUALA LUMPUR – Setelah pening dan buntu dalam menyelesaikan masalah untuk berkahwin, pelakon wanita, Betty Banafe akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinannya dengan tunangnya yang juga lelaki dari England, Bruce Dargus.
Betty yang telah bertunang dengan Bruce pada 14 Jun lalu merancang untuk bernikah pada 8 Disember depan.
Namun, dia mengalami kesukaran dalam meneruskan rancangan tersebut dek kerana menghadapi masalah yang banyak selepas betunang.
Menurut kata Betty yang dipetik dari laporan mStar Online, punca utama yang menyebabkan dia hampir membatalkan perkahwinannya adalah kerana perbezaan pendapat selain adat dan budaya yang tidak sama yang diamalkan oleh Bruce.
“Disebabkan dia bukan orang Melayu, dia sukar untuk memahami budaya kita.
“Semasa kami berbincang bagi mengadakan persiapan pernikahan, kami menghadapi masalah perbezaan pendapat menyebabkan saya putus asa sehingga berhasrat membatalkan perkahwinan itu,” kata Betty.
Masalah yang dihadapi oleh Betty tidak ditanggung oleh dirinya sendiri.
Keluarga dan teman rapat banyak memberikan bantuan dalam mencari jalan penyelesaian buat Betty.
Bagi memulihkan kemelut yang melanda antara Betty dan Bruce, teman rapat kepada Betty telah membantu dirinya untuk mencari keputusan yang tepat.
“Bagaimanapun selepas dibantu oleh seorang teman rapat yang berusaha untuk menyelesaikan masalah kami, akhirnya kami mendapat jalan penyelesaiannya.
“Saya perlu kuatkan semangat kerana saya mahu mengahwini bangsa asing iaitu lelaki yang berdarah Lubnan campur mat salih. Ia tidak mudah kerana perbezaan budaya. Tetapi saya bersyukur kerana dia boleh menerima budaya kita,” katanya.
Betty dijadualkan akan bernikah pada 8 Disember depan di kediaman rasmi orang tuanya di Kempas, Johor selepas solat Zuhur.
Sementara majlis resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru pada tarikh 12 Disember.-suarapeople
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda