Bakal Suami 'Ghaib' Dakwa Kena Rompak
BATU PAHAT : Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kerugian lebih RM20,000 selepas majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki yang bakal menjadi suaminya tidak muncul pada hari pernikahan mereka.
Ekoran tindakan lelaki itu, majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan terpaksa ditukar menjadi kenduri kesyukuran.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 23, dari Kampung Bagan Darat di sini memberitahu, dia mula menyedari dirinya ditipu setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal suaminya itu yang menyatakan lelaki itu dirompak di Sungai Dulang dekat sini pada Isnin lalu.
“Sepatutnya dia menyerahkan wang hantaran sebanyak RM12,000 pada Isnin lalu tetapi saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 telah dirompak.
“Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Rengit. Bagaimanapun, ketika membuat laporan polis, dia beritahu hanya dirompak RM8,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Darat di sini semalam. – Kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda