Suriati (duduk) ketika melawat keadaan Md Isa yang lumpuh.
Md Isa Yaakup, 45, dari Kampung Charuk Bunting lumpuh selepas melakukan pembedahan bagi membuang 12 butir peluru di bahagian belakangnya akibat kejadian itu.
Ayah kepada tiga anak itu terpaksa bergantung harap kepada isterinya, Faridah Yaakup, 39, bagi mengurus kehidupannya.
Lebih menyedihkan, dia terpaksa menggunakan lampin pakai buang apabila tidak lagi berdaya untuk melakukan sebarang pergerakan.
Menurutnya, dia bersyukur dengan kesabaran isterinya yang sentiasa memberikan perhatian penuh bagi menjaga kebajikannya.
“Setiap pagi isteri akan ke tempat kerja di kampung berdekatan. Kemudian, dia akan pulang untuk masak dan akan kembali bekerja. “Semasa isteri keluar bekerja, ahli keluarga yang memantau keadaan saya.
Sekiranya saya perlukan sesuatu, mereka akan datang membantu,” katanya kepada Sinar Harian. Md Isa yang bekerja sebagai tukang kasut sebelum ini hanya bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain pendapatan isterinya yang tidak seberapa.
Katanya, pendapatannya itu tidak mencukupi apabila terpaksa menanggung kos ubat selain menyara dua anaknya yang masih bersekolah dan seorang lagi yang baru berusia setahun.
“Saya berharap JKM dapat meningkatkan wang bantuan supaya dapat mengurangkan beban isteri. Saya tidak sanggup melihat isteri bertungkuslumus mencari rezeki untuk kami,” katanya.
Dalam pada itu, kesengsaraan Md Isa mendapat perhatian Puteri Umno Bahagian Baling yang tampil bagi menyampaikan sumbangan wang termasuk lampin pakai buang.
Ketuanya, Suriati Che Mid berkata, pihaknya akan menghantar lampin pakai buang secara berterusan selagi Md Isa memerlukan bantuan itu.
“Kita berharap, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya. Kita akan berusaha untuk mendapatkan bantuan lain untuk keperluan Md Isa,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan kisah mengenai Md Isa yang parah akibat ditembak oleh individu tidak dikenali semasa mencari ikan tengas di hutan terbabit.
Tembakan itu mengakibatkan mangsa rebah dan terkandas selama lima hari sementara menunggu bantuan dari pasukan penyelamat.-sinar harian online
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda