KUALA LUMPUR – Perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Elektronik Automated Enforcement System (AES) akan tetap diteruskan sehingga diberitahu kelak.

Menteri  Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang sebelum ini enggan mengulas tentang permintaan pelbagai Badan Bukan Kerajaan dan orang ramai yang menolak perlaksanaannya, tampil membuat kenyataan akan meneruskan AES.

“Setakat ini kita tak ada keputusan nak menangguhkan atau memansuhkan AES”, tegas Kong.


Meskipun isu berhubung perlaksanaan AES dilihat sangat berkait rapat dengan

kuasa rakyat dalam mengundi di Pilihanraya Umum ke 13 akan datang, Kong berpendirian sebaliknya.

Beliau melihat isu AES ini lebih kepada kepentingan kepada keselamatan dan nyawa rakyat di jalan raya.

“Sistem AES dibuat dengan niat baik iaitu menurunkan kadar kemalangan dan bilangan rakyat yang mati. Itu satu-satu tujuannya, faktor rakyat lain telah di ambil kira”, kata Kong.

Sementara itu, bagi mereka yang telah dikenakan tindakan saman daripada AES, tiada diskaun akan diberikan.

“Tiada diskaun”, kata Cho Ha.

Di sebalik kenyataan tegas Kong, pelbagai pihak terus tampil menyatakan kebimbangan dan meminta supaya kerajaan memberi tempoh percubaan dan mengkaji keberkesanan AES sebelum melaksanakannya secara rasmi.

Antara yang tampil adalah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Pergerakan Pemuda UMNO, Kelab Penyokong – penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) serta beberapa NGO lain.



Sumber: Oleh: Hilmi Ali (mohdhilmi@abnxcess.com)

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top