Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa
KAHERAH - 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah trak merempuh bas mini berhampiran ibu negara Mesir, semalam.
Pegawai penyiasat berkata, trak itu dipercayai dipandu laju lalu memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh bas mini yang membawa 15 penumpang.
“Pemandu lori ditahan di tempat kejadian dan operasi mengeluarkan mangsa giat dilakukan kerana kebanyakan mayat terputus anggota badan,” katanya.
Menurutnya, mangsa cedera dikejarkan ke hospital berhampiran.
Kejadian tersebut adalah kemalangan maut kedua dalam tempoh beberapa jam selepas 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak, maut dalam kemalangan membabitkan bas sekolah dan kereta api kelmarin.
Kemalangan itu menaikkan kemarahan orang awam dan mendesak kerajaan supaya menangani masalah pengangkutan awam dan penyelenggaraan laluan kereta api dan jalan raya dengan segera. - AFP
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda