Terbaru, menerusi laporan Kosmo Online hari ini, Nur Fathia dikatakan telah menetapkan garis panduan untuk dirinya berpakaian kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu sehingga dilabelkan sebagai pelakon seksi.
“Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem ‘Darah Panas’ kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata.”



“Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!” tegas pelakon jelita ini.
Fathia turut menegaskan bahawa untuk masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam aspek pemilih pakaian dan sekiranya dikehendaki untuk tampil seksi, dia akan pastikan pakaian tersebut tidak keterlaluan.-ohbulan

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top