USAHA JEJAK…Ron menampal poster mengenai kehilangan bayi terbabit.

SUNGAI BULOH: Seorang ibu hanya menangis sepanjang hari sejak bayi lelakinya berusia 55 hari dilarikan lima lelaki yang sebelum itu turut menyamunnya berdekatan rumah sewanya di Taman Saujana Akasia, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, Cho Cho Tun, 33, berasal dari Myanmar, dalam perjalanan pulang ke rumah bersama bayinya, Mikalithu selepas membeli barang di pasar malam yang hanya tiga minit perjalanan dari rumah sewanya.
Suami mangsa, Nay Soe Aung, 29, berkata, ketika isterinya berjalan pulang bersendirian, dia dihampiri lima lelaki yang menaiki beberapa motosikal.

“Dua daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher dan perut isteri saya sebelum memintanya menyerahkan bayi dan barangan berharga.

“Apabila isteri saya enggan, kumpulan lelaki itu marah. Mereka merampas beg tangan berisi RM800 dan mengambil bayi yang didukung isteri sebelum memecut ke Matang Pagar, Sungai Buloh,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top