Nick memberitahu pergaduhan isterinya dengan penyanyi rap Nicki Minaj adalah perkara kecil.
Nick yang juga pengacara program America's Got Talent memberitahu perkara itu telah diperbesar-besarkan sehingga ia menjadi kecoh.
"Ia adalah perkara kecil dan tidak sepatutnya ia diperbesar-besarkan," ujarnya.
Dalam kejadian pada 2 Oktober lalu Nicki Minaj telah menengking Mariah Carey sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara tidak sependapat dalam pemilihan peserta American Idol (AI) di Charlotte, North Carolina, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Mariah dan Nicki pernah bekerjasama dalam sebuah lagu berjudul 'Up Out My Face' pada tahun 2009.
Dalam pada itu, portal TMZ melaporkan Mariah telah mengambil langkah keselamatan dengan mengupah pengawal keselamatan dan polis untuk mengiringinya ke tempat uji bakat selepas Nicki dikatakan telah mengugut untuk menembaknya.
Sementara itu, bekas juri program itu, Steve Taylor memberitahu drama yang berlaku di antara dua penyanyi itu hanyalah lakonan semata-mata demi menaikkan rating rancangan tersebut.-mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda