Orang Yang Kutuk Saya Lagi Besar Dosanya
“Orang yang kutuk saya lagi besar dosanya,” itulah yang di ucapkan oleh Nabila Huda apabila diminta mengulas mengenai kritikan serta tohmahan masyarakat terhadap setiap kontroversi yang pernah melanda dirinya.
Nabila atau Abil merupakan salah seorang selebriti yang kerap dikaitkan dengan kontroversi panas antaranya isu gambar cium serta berbikini yang hangat diperkatakan pada tahun lepas.
Menerusi kontroversi terbaru, Nabila anak kepada rockers terkenal, Amy Searchini sekali lagi menjadi topik hangat apabila berani tampil dengan pakaian seksi di Anugerah Blockbuster, pada 6 Oktober lalu.
Namun bagi Nabila, beliau menganggap apa saja yang dilakukannya adalah dirinya sendiri dan tidak mahu bersikap hipokrit.
“Saya tahu saya selebriti dan anak kepada lagenda rock terkenal, jadi orang akan sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku saya. Saya tak perlu jadi orang lain dan hanya jadi diri saya sendiri. Orang sendiri pun dah tahu saya macam mana dari dulu lagi, jadi saya tak payah nak hipokrit. Walaupun saya dah ada anak seorang, saya tetap jadi diri saya dan tak kisah apa orang nak cakap.
“Saya juga tak pernah patah semangat dengan komen negatif atau tohmahan orang. Bagi saya, bila buat kesalahan, kita akan tahu kelemahan kita. Jika fikir mulut orang, kita tak akan teruskan kehidupan kita dan akan rasa murung saja. Kalau boleh, saya tak nak benda lain buat saya patah semangat.
“Bagi saya, orang akan tutup mulut juga nanti jadi saya biarkan saja apa orang nak cakap, terpulanglah. Saya akui tak boleh lari dengan keadaan ini,” ujar Abil ketika ditemui pada sesi jelajah Anugerah Skrin 2012 di e@Curve, petang Ahad lalu.
Oleh kerana sering dikaitkan dengan kontroversi panas, kes mereka ditimpa kemalangan pada Rabu lepas bersama Johan As’ari tetap menjadi fitnah apabila kononnya mereka sedang melakukan ‘sesuatu’ di dalam kereta.
“Saya hanya gelak saja bila orang berpendapat sendiri tanpa berfikir dulu. Bagi saya, buanglah sikap berfikir negatif itu. Apa yang boleh saya kata, sewaktu kejadian di Penchala Link itu, cuaca hujan serta jalan licin dan kami pula terburu-buru untuk ke sidang media ASK 2012 di The Royale Bintang Damansara.
Saya tak kisah mereka nak cakap apa kerana hanya Tuhan saja yang tahu apa yang berlaku.”
Mengakui dirinya sudah lali dengan kutukan masyarakat, Nabila memberitahu,
“Pada saya, mereka yang nak cakap negatif itu, cakap sajalah, saya dah tak kisah. Bagi saya, hanya saya dan Tuhan saja yang tahu tentang diri saya. Janji kerja saya tetap jalan dan saya tak kan patah semangat dengan tohmahan orang lain.”-forblogger
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda