NURSAKINAH Norizan yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya di Kemaman masih berada di Unit Rawatan Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, semalam.

KUANTAN 11 Okt. - Seorang suami, Norizan Othman yang kehilangan isteri dan tiga anaknya sekali gus dalam kemalangan ngeri di Kemaman, semalam, mengakui tidak sanggup 'diuji' lagi untuk kehilangan dua anaknya yang cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Norizan, 49, berharap kedua-dua anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, dapat diselamatkan kerana hanya mereka sahaja yang boleh memulihkan semangatnya kembali.


"Saya harap sangat mereka (Nursakinah dan Nursyafura) yang dirawat di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) dapat diselamatkan, mereka sahaja yang saya ada sekarang.-utusan

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top