Masyarakat Tidak Tegas Atasi Masalah Zina
“PEMBUANGAN bayi dianggap sebagai aktiviti liar dan hina kerana agama Islam sendiri menyuruh umatnya untuk menjauhi zina.
“Budaya masyarakat hari ini seakan-akan menghalalkan perbuatan zina kerana tiada kuasa yang mampu untuk menghalang daripada melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab serta keji itu di kalangan anak remaja hari ini.
“Adegan menjolok mata berlaku di depan mata dan tiada kuasa yang dapat mencegah kerana kebanyakan kita hanya melihat tanpa melakukan sebarang cara menyelesaikannya,” tegas Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof.
Ibarat api di dalam sekam yang lama bercambah dalam jiwa masyarakat hari ini, budaya orang bercinta yang perlu bercium, berpeluk dan berpegangan tangan sudah didedahkan sejak zaman Romeo dan Juliet lagi.
Ditambah dengan kehadiran drama atau filem Barat mahupun tempatan yang memaparkan budaya dan aksi orang bercinta membuatkan anak muda hari ini menganggap ia sebahagian perkara yang perlu dilakukan ketika bercinta.
Pengaruh televisyen, rakan sebaya dan bahan lucah hanya sebagai perangsang kepada masalah berkenaan. Perkara penting adalah adanya ruang yang mudah untuk pasangan bercinta berdua-duaan yang akhirnya mengakibatkan zina.
“Pernah ada sahabat saya berkata, ia fitrah manusia. Memang benar ia fitrah, namun harus ada pengurusan bijak sama seperti menguruskan duit.
“Apabila menyentuh didikan daripada ibu bapa, banyak juga perlu diperbaiki.
Jika dulu, anak perempuan yang dikawal dengan ketat untuk mengelakkan pelbagai masalah boleh berlaku berbanding anak lelaki yang sedikit longgar.-hmetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda