'Maaf, Saya Tak Tiru Ella' - Kaka
KUALA LUMPUR: Penyanyi baru Kaka menegaskan dia tidak pernah meniru personaliti ratu rock negara iaitu Ella seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 23, berkata, dia pelik apabila ada pihak yang berpendapat dia cuba menarik perhatian ramai dengan meniru gaya penyanyi itu memandangkan kedua-dua mereka mempunyai pertalian darah.
"Maaf, saya tak tiru Ella. Saya tak tahu nak cakap apa apabila ada yang menganggap saya ingin jadi seperti dia.
"Ini semua gara-gara saya dilihat kerap bermain rambut sendiri, sama seperti Ella yang juga ibu saudara saya itu. Jujur saya katakan, tabiat itu sudah lama ada dalam diri sejak kecil lagi.
"Malah saya percaya, kebanyakan wanita memang gemar bermain atau memintal rambut," katanya.
Baru-baru ini, penyanyi yang popular dengan single lagu Bawaku pergi (menampilkan Zizan Razak) dikritik apabila dikatakan cuba meniru gaya Ella daripada segi percakapan, lenggok berjalan serta cara dia “bermain” rambut.
Tambah Kaka, andai kata karakternya itu benar-benar ada persamaan dengan Ella, ia mungkin kerana kedua-duanya memiliki pertalian darah.
"Pelik rasanya apabila berada di situasi seperti ini kerana saya sering menjadi diri sendiri tidak kiralah sebelum bergelar penyanyi mahupun selepas.
"Malah genre muzik kami juga berbeza iaitu saya lebih ke arah pop dan R&B manakala Ella pula bermuzik rock," ujarnya.
Dalam pada itu dia akui perkara tersebut hanyalah sebahagian daripada ujian untuknya dalam mengejar impian sebagai penyanyi yang berjaya. -mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda