KUALA LUMPUR – Lokasi hitam kemalangan yang bakal dilengkapi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikenal pasti mengikut nama jalan dan kilometer berdasarkan data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui satu kenyataan media memberitahu, lokasi itu juga dikenal pasti oleh satu pasukan peninjau yang dibentuk untuk turun padang bagi mengenal pasti lokasi terlibat.
“Ini adalah hasil daripada penyelidikan meluas berdasarkan data awal PDRM dan pasukan kaji selidik yang turun padang untuk mengenal pasti lokasi hitam.

“Oleh itu koordinat daripada Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) bukan alat pencarian utama untuk mengenal pasti lokasi hitam ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, kata kenyataan itu, sebanyak 831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi AES termasuk 14 lokasi yang telah beroperasi sejak 23 September lalu berada dikedudukan yang tepat.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Gerakan Kempen Anti-Saman Ekor (Kase) mempersoalkan 831 lokasi AES yang dikeluarkan JPJ dengan dakwaan, sesetengah lokasi itu berada di kawasan yang tidak dapat dipercayai.

Dengan memberikan beberapa contoh, penasihat undang-undang Kase Zulhaimi Shariff dalam sidang media di bangunan parlimen dipetik berkata, senarai lokasi tersebut menimbulkan banyak kekeliruan.
“Untuk Jalan Baru Balik Pulau, laluan P106, kita semak koordinat dan lokasi yang diberikan berada di tengah laut,” dakwanya seperti dilaporkan. – mynewshub.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top