Katy Perry kini sedang bercinta dengan penyanyi John Mayer.
PENYANYI Katy Perry dilaporkan sedang merancang untuk mengadakan sebuah “parti bercerai” pada tarikh perkahwinannya dengan bekas suaminya, Rusell Brand.
Perry, 27, berkahwin dengan Brand pada 23 Oktober tahun lalu di India. Bagaimanapun pasangan itu berpisah selepas 14 bulan menjadi suami isteri.
"Katy sedang merancang untuk mengadakan parti itu sebagai salah satu cara menukar perkara yang negatif kepada positif.
"Dia telah mengambil keputusan untuk memanggil sambutan itu sebagai parti bercerai dan pada hari tersebut dia akan melakukan semua perkara yang digemarinya bersama teman-teman," ujar sumber terdekat penyanyi itu kepada The Sun.
Tambah sumber itu, pada mulanya Perry ingin mengadakan sebuah parti besar-besaran di Las Vegas, Amerika Syarikat tetapi menukar idea itu dengan mengadakan parti bercerai.
Penyanyi tersebut sedang bercinta dengan John Mayer. -mstar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda