Ramai yang menganggap foreplay adalah kunci pada hubungan seks yang hebat. Ini kerana foreplay akan membuka mood suami dan isteri untuk lebh terangsang apabila melakukan hubungan seks kelak. Bagi suami yang tiada idea atau perlukan idea baru untuk permainan foreplay, anda boleh cuba empat langkah berikut:

1- Ramai lelaki yang buntu bagi memulakan rangsangan dan foreplay. Selalunya mereka bersikap terburu-buru dan kasar kerana ramai beranggapan melakukan hubungan seks secara terus sudah cukup untuk melunaskan keinginan seks. Ia adalah satu kesilapan besar bila melakukan sebegitu. Amatlah penting memulakan foreplay bagi merangsang isteri anda. Ada pelbagai cara boleh dilakukan. Terlebih dahulu, mulakan foreplay dari keadaan berdiri. Anda rapatkan tubuh anda dengan isteri anda. Kemudian bawa dia rapat ke dinding. Pandang tepat pada matanya dan cium bibirnya dengan penuh perasaan. Sambung foreplay seterusnya di atas katil atau di mana sahaja anda terangsang untuk lakukannya. Situasi ini adalah salah satu cara membelai perasaan si isteri bagi bersedia melakukan seks. Lakukan dengan penuh romantik dan sensasi.

2- Ketika berada di katil atau pada situasi berbaring, mulakan foreplay dengan merangsang bahagian kaki isteri anda. Urutlah kakinya. Kemudian gunakan mulut untuk mencium dari kaki ke bahagian atas badan isteri anda. Tindakan ini penting bagi memulakan rangsanga awal. Pada bahagian kaki juga terdapat tempat-tempat tertentu yang memberikan rangsangan kepadanya.

3- Seterusnya,alihkan posisi kedudukan isteri kepada meniarap kemudian urut bahagian belakang dia secara perlahan – lahan. Bahagian belakang badan isteri anda jarang menerima rangsangan. Namun, ketika anda meraba – raba dan mengurut – urut bahagian tulang belakangnya, dia akan rasa sangat sensasi. Bahagian tulang belakang dan rusuk jika di urut dan di raba secara lembut akan memberikan kelegaan dan relaks kepada isteri. Bila berkeadaan selesa dan sensasi, sentuh dan belai perlahan-lahan payudara isteri dari belakang. Hal ini akan memberikan kejutan kepada isteri dan meransang untuk ke peringkat seterusnya iaitu melakukan hubungan seks. Anda boleh juga melakukan foreplay seterusnya dengan mengubah kedudukan isteri berhadapan dengan anda. Bahagian-bahagian depan tubuh isteri adalah mudah terangsang dan mulakan dengan ciuman kemudian ransangan dari bawah hingga ke atas, seperti mencium telinga, leher, payudara, bahagian pusat, paha dan juga bahagian faraj. Sesekali gunakan lidah. Lebih lama anda melakukan foreplay lebih baik, ada ketikanya isteri akan mengesa anda untuk segera memasuk zakar ke faraj kerana dia sudah sangat bersedia. Apabila situasi ini berlaku isteri anda akan mudah datang ejakulasi atau mencapai orgasm.

4- Setelah selesai atau telah mencapai klimaks, foreplay juga perlu dilakukan. Foreplay ringan boleh dilakukan dengan meraba kaki isteri anda menggunakan kaki anda sendiri. Di samping itu, peluk isteri anda. Haba dari sentuhan akan merangsang isteri anda dan membuatkannya berasa sangat disyangi. Jadi, ketika anda melakukan hubungan seks pada kali seterusnya, isteri anda sudah terangsang dan bersedia. Selain itu juga, ia akan memberikan kelegaan kepada isteri untuk tidur dengan nenyak dan selesa.

Empat langkah di atas adalah antara beribu – ribu cara untuk melakukan foreplay. Foreplay penting untuk membuka mood isteri anda supaya bernafsu ketika melakukan hubungan seks. Mood boleh datang dengan cepat atau lambat bergantung pada isteri anda sendiri. Gunakan kreativiti pemikiran anda untuk merangsang isteri anda. – Kuat Batin

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top