Sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan bahawa permasalahan yang wujud di antara aktres Kareena Kapoor dengan pengarah Sanjay Leela Bhansali terhadap projek filem Ram Leela adalah disebabkan oleh isu bayaran.
Namun begitu, sumber dalaman memberitahu, Kareena Kapoor digugurkan daripada produksi filem tersebut kerana dia enggan menandatangani kontrak yang berkaitan dengan kehamilan.

Dalam kontrak tersebut, tercatat klausa yang mengatakan bahawa mana-mana teraju utama wanita (berkahwin, bertunang atau mempunyai hubungan cinta) haruslah bersetuju untuk tidak hamil sewaktu penggambaran dilakukan.

Alasan pihak produksi ialah kerana mereka mengejar masa dan tidak mahu terlibat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kehamilan tersebut nanti.

Oleh itu, sepertimana pembikin filem yang lain, Sanjay Leela Bhansali mahu Kareena Kapoor menandatangani kontrak yang membuatkan dia bersetuju untuk tidak hamil sepanjang menjayakan Ram Leela.

Apatah lagi bila saat, Kareena Kappor kini sedang dalam perancangan untuk mengahwini Saif Ali Khan.
Kalau boleh Sanjay Leela Bhansali tidak mahu berhadapan dengan situai yang sama yang dihadapi oleh Madhur Bhandarkar yang terpaksa menggantikan tempat Aishwarya Rai Bachchan dengan Kareena Kapoor dalam filem Heroin.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top