Filem berunsur aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar iaitu Hantu Kapcai telah berjaya menambat hati penonton sehingga telah berada di kedudukan pertama bagi kutipan Box Office tertinggi minggu ini.

Kejayaan itu secara tidak langsung telah mengalahkan filem-filem Hollywood yang sedia ada.
Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata, di saat sambutan yang lembab terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini, kejayaan filem Hantu Kapcai telah membawa sinar baru.

Menurut Norman, terdapat beberapa formula yang membuatkan filem ini berjaya menambat hati penonton, antaranya adalah pemilihan barisan pelakon yang berbakat dan juga pemilihan jalan cerita yang berunsurkan sub budaya Mat Rempit yang dikatakan sangat dekat dengan kehidupan seharian penonton di Malaysia.
“Yang pertama, pemilihan pelakon yang berbakat dan ditambah pula dengan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Zizan Razak, Fizz Fairuz, Neelofa, Izzu Islam, Hairulazreen dan juga Riz Amin.

“Faktor kedua adalah tema cerita itu. Jadi, gabungan kedua-dua elemen ini membuatkan penonton suka dan mampu beri kesan yang mendalam kepada penonton itu sendiri,” kata Norman yang dipetik melalui OhBulan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Hantu Kapcai mengisahkan Ajib (lakonan Zizan Razak), mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak).
Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger telah sabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Roh Ajib terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga.
Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz), calon Imam Muda di kampungnya.
Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top