London: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang dijerut dan ditikam 38 kali dalam satu kejadian serangan di kediamannya dilaporkan terselamat dari maut disebabkan kegemukannya.
Danny Ross, dari Exeter, diserang David Johnson di pangsapuri miliknya berhampiran Devon memiliki berat badan 102 kilogram dan memerlukan 70 jahitan selepas kejadian serangan itu.
Bekas penganalisis komputer itumendakwa sedang menonton televisyen di rumahnya ketika Johnson muncul dan tersilap menuduh beliau mencuri wang.
“Saya tidak percaya selepas melihat foto (serangan) yang diambil oleh pihak polis, jika saya lebih kurus tentu saya akan mati,” kata Ross.
“Kakitangan perubatan cuba menjelaskan secara rasional tentang apa yang berlaku bahawa saya terlalu gemuk daripada sepatutnya tetapi mereka mengatakan bahawa berat badan berlebihan itu sebenarnya menyelamatkan saya.
Haiwan Misteri Dijumpai,Pernahkah anda jumpa?
bagaimana anda boleh MENANG RM5000 dengan memberitahu kami mengapa MRT adalah penting untuk ANDA!!!
Johnson dari Exeter memberitahu seorang rakannya selepas kejadian itu: “Saya sudah membunuhnya, lupakan semuanya.”
Danny dirawat sebelum tekanan darahnya mencecah ke tahap kritikal.
Johnson yang mendakwa Danny mencederakan dirinya sendiri untuk menuntut pampasan, disabitkan kesalahan atas cubaan membunuh oleh sekumpulan juri di Mahkamah Diraja Exeter dan dipenjara selama 22 tahun.
Hakim Graham Cottle berkata bahawa Danny adalah seorang mangsa yang tidak berupaya mempertahankan diri dan memberitahu Johnson: “Anda ke rumahnya untuk menyerang beliau dengan menjerut mangsa menggunakan tali pinggang beliau hingga tidak sedarkan diri.”
“Beliau tidak sedarkan diri ketika anda mula menikamnya menunjukkan mangsa langsung tidak boleh pertahankan diri. Kamu menikamnya berulang kali.”
Danny berkata beliau berharap penyerangnya mendapat balasan setimpal terhadap apa yang dilakukan terhadapnya.
“Anda pastinya seorang yang penuh kebencian apabila menikam seseorang 38 kali” katanya. – Agensi
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda