Pelakon Diana Amir mengakui segan untuk menghadiri tayangan filem lakonannya, ‘Pe3′ kerana tidak sanggup melihat dirinya yang berpakaian seksi sebelum bertudung.

Pun begitu, Diana nyata bersyukur kerana banyak pihak termasuk tunangnya, Mohd Habib Bullah A. Rahman yang memahami situasinya sebelum berhijab.

“Alhamdulillah, tunang saya memang sangat memahami dan dia seorang yang berfikiran ke hadapan dan kerana itu jugalah dia sendiri tidak pernah mempersoalkan mengenai lakonan saya sebelum berhijrah.

“Saya juga bersyukur kerana ramai pihak yang memahami dan memberi semangat kepada saya terutama sekali David Teo dan Farid Kamil,” ujar Diana yang dipetik melalui portal Murai.com.

Dalam perkembangan sama, pengarah filem Pe3, Farid Kami terlebih dahulu meminta maaf kepada Diana Amir kerana terpaksa menayangkan filem lakonananya ini selepas dia berhijrah.-Media Hiburan

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top