Seorang artis yang juga merupakan model, Min Hyo Rin menuntut sebanyak KRW80 atau RM222 juta daripada seorang doktor bedah plastik atas dakwaan menggunakan namanya dalam sebuah iklan komersial.


Iklan yang bertajuk Making Min Hyo Rin’s Perfect Nose itu telah tersiar sejak tahun 2011. Iklan itu muncul di website rasmi, iklan di media cetak serta online sebuah klinik pembedahan plastik.


Aktres tersebut, Min Hyo Rin sebelum ini pernah menafikan wajah cantiknya itu hasil daripada pembedahan plastik.

Dilaporkan, kelmarin hakim Jung Hyun Sik akhirnya telah meluluskan tuntutan Hyo Rin. Bagaimanapun, hakim terbabit hanya mendenda doktor bedah itu dengan menuntut bayaran sebanyak KRW 3 juta atau lebih kurang RM8 juta.

Agensi Hyo Rin menyatakan, mereka akan meneruskan kes tersebut sehingga Hyo Rin mendapat haknya.

“Kami akan tetap meneruskan kes ini. Bukan masalah jumlah wangnya, tapi soal siapa yang nak membayar untuk jadi model? Ketika seorang selebriti (Hyo Rin) terlibat dalam kisah negatif, maka ia secara tak langsung turut menjejaskan kerjayanya”, kata agensi Hyo Rin.-suarapeople

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top