Pagi ini kecoh dengan cerita di mana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa pasangan pelakon, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak segera ke Jabatan Agama Islam untuk merujuk mengenai lafaz talak dalam filem lakonan mereka, Untuk 3 Hari.

Harussani merujuk kepada dialog yang dilafazkan Rashidi kepada Vee dalam filem itu;
“Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai”

Kata Harussani, perkara seperti perkahwinan termasuklah lafaz talak tidak boleh dibawa main-main walaupun dalam dunia lakonan atau pun dilafazkan secara bergurau.
Maka, hukumnya akan jatuhlah talak yang dilafazkan suami tadi.

Namun, ada peminat-peminat yang keliru dengan persoalan yang timbul dari kes Rashidi dan Vee.
Adakah status perkahwinan mereka terlerai serta-merta disebabkan kerana lafaz talak atau pun dialog yang disampaikan Rashidi kepada Vee seperti di atas.

Hakikatnya, Harussani mempersoalkan mengenai dialog yang dilafazkan oleh Rashidi dan bukanlah lafaz talak yang dikatakan oleh Rashidi kerana umum mengetahui lafaz talak 3 itu diucapkan kepada pelakon wanita, Ayu Raudhah.

Selain itu, ramai juga yang sibuk dan mempersoalkan kewajaran Rashidi dan Vee berlakon bersama dalam filem itu hingga boleh meruntuhkan mahligai bahagia yang mereka bina.
Bagaimanapun, menerusi laman Twitter milik Vee dan Rashidi, mereka berdua ternyata terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak itu.

Bukanlah mereka mempersoalkan kenyataan mengenai hukum talak tersebut.
Tetapi, Vee dan Rashidi mahukan peminat-peminat dan seluruh rakyat Malaysia memahami jalan cerita filem itu sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersabit dengan hukum agama Islam.

Malah, Vee dan Rashidi meminta peminat-peminat mereka atau sesiapa sahaja untuk menonton dahulu filem tersebut sebelum memberikan gambaran yang salah terhadap kisah rumah tangga mereka.


sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top